BH Online
Ringkasan Berita

Tular pesawat terhempas, rupanya latihan

MELAKA: Tular di media sosial situasi cemas apabila sebuah pesawat dikatakan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, di Batu Berendam, semalam.
Tular pesawat terhempas, rupanya latihan

Peserta menjalani simulasi Latih Amal Bencana Udara Exercise Laksamana 2026 yang diadakan bagi menguji tahap kesiapsiagaan agensi penyelamat dan kecemasan di Batu Berendam, Melaka. - Foto Bomba

MELAKA: Tular di media sosial situasi cemas apabila sebuah pesawat dikatakan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, di Batu Berendam, semalam.

Bagaimanapun, kejadian itu sebenarnya simulasi Latih Amal Bencana Udara Exercise Laksamana 2026 yang diadakan bagi menguji tahap kesiapsiagaan agensi penyelamat dan kecemasan.

Dalam latihan berkenaan, lebih tujuh individu dilakonkan cedera susulan insiden nahas pesawat sebelum operasi menyelamat dan pemadaman kebakaran dijalankan oleh agensi berkaitan.

latihan
Program Latih Amal Bencana Udara Exercise Laksamana 2026 di Batu Berendam, Melaka semalam. - Foto Bomba

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Shahrom Laji, berkata latihan berkenaan penting bagi memastikan setiap agensi memahami peranan masing-masing ketika berdepan insiden bencana udara.

Menurutnya, latihan itu juga antara keperluan ditetapkan mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016 selain garis panduan berkaitan operasi penerbangan awam.

"Latihan ini memberi peluang kepada semua agensi tindak balas kecemasan menguji prosedur sedia ada selain memperkemas koordinasi antara pasukan supaya tindakan dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan jika berlaku kejadian sebenar.

"Ia turut membabitkan kerjasama Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB), Lapangan Terbang Melaka serta kementerian, jabatan dan agensi berkaitan," katanya dihubungi, hari ini.

Menurutnya, latihan bermula sejak Selasa lalu menerusi Tabletop Exercise (TTX) yang memberi fokus kepada semakan prosedur, pembahagian tugas serta penyelarasan antara agensi.

Katanya, fasa kemuncak diteruskan hari ini menerusi Full Scale Exercise (FSX) bermula jam 10 pagi hingga tengah hari dengan simulasi kemalangan pesawat.

Video Terkini

Berita Berkaitan