BH Online
Ringkasan Berita

WCE komited pembangunan lestari Bandar Taiping

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat Sdn Bhd (WCE) memperkukuhkan komitmennya terhadap pembangunan lestari di Bandar Taiping menerusi sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS).
WCE komited pembangunan lestari Bandar Taiping

WCE memperkukuhkan komitmennya terhadap pembangunan lestari di Bandar Taiping menerusi sumbangan CSR kepada Zoo Taiping & Night Safari

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat Sdn Bhd (WCE) memperkukuhkan komitmennya terhadap pembangunan lestari di Bandar Taiping menerusi sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS).

Inisiatif di bawah rogram CSR WCE yang bertemakan "WE CARE" (Work, Community, Environment) itu bertujuan menyokong pemuliharaan spesies terancam, memperkasa pendidikan dan kesedaran awam serta meningkatkan kemudahan pelancongan di Bandar Warisan Taiping.

Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix, berkata pembangunan infrastruktur yang mampan perlu memberi manfaat kepada masyarakat tanpa mengabaikan warisan alam dan budaya tempatan.

"Di WCE, kami percaya bahawa lebuh raya bukan sekadar menghubungkan satu destinasi ke satu destinasi yang lain.

"Lebuh raya juga menghubungkan manusia dengan peluang, komuniti dengan pembangunan serta pembangunan dengan kelestarian alam sekitar.

"Kemajuan sebenar bukan hanya diukur melalui kilometer jalan yang berjaya dibina, tetapi melalui legasi yang ditinggalkan kepada generasi akan datang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Majlis penyerahan sumbangan disaksikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Mohamed Akmal Dahalan dan Pegawai Tadbir ZTNS, Muhammad Hafizzuddin Azhar.

Sebelum ini WCE dan Zoo Taiping turut menyertai Program Anak Angkat Seladang pada tahun 2016 sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemuliharaan spesies ikonik negara itu.

Lyndon berkata, sumbangan itu merangkumi tiga inisiatif utama iaitu Program Anak Angkat Seladang (Malayan Gaur), penghasilan mural bertemakan jajaran Lebuhraya WCE sebagai simbolik kolaborasi bersama Zoo Taiping dan pembinaan Taman Poket WCE bagi membantu mengindahkan kawasan sekitar dan memberi keselesaan kepada pengunjung Zoo Taiping.

"Selain menyokong usaha konservasi melalui Zoo Taiping, WCE turut mengintegrasikan elemen pemuliharaan biodiversiti dalam pembangunanlebuh rayanya.

"Di jajaran Seksyen 11 Lebuhraya WCE yang merentasi kawasan Hutan Simpan Gunung Bubu, WCE membina dua Animal Box Culverts (ABC) sebagai laluan khas hidupan liar bagi membolehkan haiwan bergerak dengan selamat merentasi lebuh raya tanpa menjejaskan habitat semula jadi mereka.

"Inisiatif itu mencerminkan pendekatan WCE dalam mengimbangi pembangunan infrastruktur dengan pemeliharaan biodiversiti, selaras dengan aspirasi syarikat terhadap pembangunan mampan dan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)," katanya.

Jelasnya lagi, pembukaan penuh jajaran WCE di Perak yang menghubungkan Hutan Melintang sehingga ke Taiping Selatan turut meningkatkan akses ke Bandar Taiping, sekali gus menyokong pertumbuhan pelancongan, perniagaan tempatan dan ekonomi komuniti.

"Seiring dengan peningkatan aksesibiliti itu, WCEturut memainkan peranan dalam memperkukuh sektor pelancongan dan industri kreatif di Taiping melalui penyertaannya sebagai rakan strategik Raintown Film Festival, sebuah festival yang mengetengahkan warisan, budaya dan penceritaan tempatan.

"Selain membina rangkaian pengangkutan yang lebih cekap, kami mahu menjadi pemudah cara kepada pembangunan komuniti yang lebih menyeluruh.

"Kami berharap usaha ini dapat memperkukuhkan kedudukan Taiping sebagai destinasi pelancongan dan warisan yang terus berkembang, sekali gus memberi manfaat kepada komuniti setempat," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan