BH Online
Ringkasan Berita

Sabah lulus RUU baharu kawal selia kedudukan pemimpin masyarakat, adat

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung 2026 bagi mewujudkan kerangka perundangan khusus yang mengawal selia kedudukan pemimpin tempatan dalam mengendalikan hal ehwal pentadbiran, masyarakat dan adat di negeri ini.
Sabah lulus RUU baharu kawal selia kedudukan pemimpin masyarakat, adat

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKPT) Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung 2026 bagi mewujudkan kerangka perundangan khusus yang mengawal selia kedudukan pemimpin tempatan dalam mengendalikan hal ehwal pentadbiran, masyarakat dan adat di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKPT) Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, berkata penggubalan RUU terbabit menamatkan ketiadaan undang-undang khusus yang selama ini mengawal selia secara menyeluruh kedudukan Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.

Beliau berkata, ketiga-tiga institusi berkenaan sekian lama memainkan peranan penting sebagai pemimpin masyarakat, penghubung antara rakyat dengan kerajaan serta membantu urusan pentadbiran dan kebajikan komuniti di peringkat akar umbi.

"RUU ini bukan bertujuan mengecilkan peranan tradisi mereka, sebaliknya memberikan kedudukan undang-undang yang lebih jelas supaya tanggungjawab terbabit dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berintegriti dan selaras dengan keperluan pentadbiran semasa," katanya ketika menggulung perbahasan RUU itu, pada sesi Persidangan DUN Sabah, di sini hari ini.

Mohd Arifin berkata, RUU itu diwujudkan bagi menangani beberapa isu utama termasuk ketiadaan kerangka perundangan khusus yang memperincikan aspek pelantikan, tempoh perkhidmatan, fungsi, tanggungjawab, elaun, tatakelakuan dan penamatan pelantikan pemimpin tempatan.

Beliau berkata, RUU itu juga menjadi sebahagian reformasi institusi anak negeri yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri.

Video Terkini

Berita Berkaitan