BERIKUT adalah berita-berita popular hari ini:
1. 'Kalau nak jadi menteri, cakap terus kepada PM' - Zambry sindir Mahfuz
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyindir Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar yang melihat pemimpin itu seolah-olah berhasrat menjadi menteri susulan gesaannya supaya wakil BN dalam kerajaan meletakkan jawatan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1592433/kalau-nak-jadi-menteri-cakap-terus-kepada-pm-zambry-sindir-mahfuz
2. Zahid balas pantun Anwar, tegas kekal kerjasama hingga tamat penggal Parlimen
GEORGETOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menepis sebarang dakwaan berhubung wujudnya usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1592286/zahid-balas-pantun-anwar-tegas-kekal-kerjasama-hingga-tamat-penggal
3. 'Arwah teruja nantikan majlis pertunangan Sabtu ini, berkali-kali tanya jika barang hantaran sudah siap'
KLANG: Segala persiapan seorang juruteknik pendingin hawa untuk melangsungkan majlis pertunangan pada Sabtu ini kini hanya tinggal kenangan apabila lelaki itu maut akibat kemalangan di Kilometer (KM) 34 Jalan Kuala Selangor-Meru, dekat persimpangan lampu isyarat Persiaran Mokhtar Dahari di Kuala Selangor, semalam.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/07/1592295/arwah-teruja-nantikan-majlis-pertunangan-sabtu-ini-berkali-kali-tanya
4. Bekas pakar psikologi skuad Argentina dakwa kekalahan pasukan itu dirancang
BUENOS AIRES: Satu dakwaan luar biasa oleh bekas ahli psikologi yang pernah berkhidmat bersama skuad kebangsaan Argentina mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak di seluruh dunia.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/07/1592230/bekas-pakar-psikologi-skuad-argentina-dakwa-kekalahan-pasukan-itu
5. 22 tahun di Flores, wanita Malaysia akhirnya pulang ke pangkuan keluarga
SUBANG: Penantian selama 22 tahun akhirnya berakhir apabila seorang wanita Malaysia yang dilaporkan hilang selepas dipercayai ke Indonesia pada 2004, selamat dibawa pulang ke tanah air, kelmarin
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1592111/22-tahun-di-flores-wanita-malaysia-akhirnya-pulang-ke-pangkuan
6. Lydia Ibtisam meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari bertarung nyawa akibat komplikasi penyakit autoimun, pelakon Lydia Ibtisam menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 petang di sebuah hospital di sini, hari ini.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2026/07/1592395/lydia-ibtisam-meninggal-dunia
























