BH Online
Ringkasan Berita

PRN NS: MCMC terima 2 aduan akaun palsu, 14 isu rangkaian

JEMPOL: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima dua aduan berkait penggunaan akaun palsu pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat ini.
PRN NS: MCMC terima 2 aduan akaun palsu, 14 isu rangkaian

Fahmi ketika bercakap kepada pemberita pada Program Ziarah Kasih di FELDA Palong Satu, hari ini.

JEMPOL: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima dua aduan berkait penggunaan akaun palsu pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata MCMC turut menerima 14 aduan lagi mengenai masalah rangkaian sepanjang tempoh sama.

"Berhubung akaun palsu, MCMC memaklumkan baru dua (aduan), setakat ini.

"Namun, itu tidak bermakna jumlah kandungan palsu yang disebarkan hanya dua atau mungkin tiada lagi... mungkin ada lebih daripada itu.

"Jadi, kita memerlukan kerjasama orang ramai yang melihat apa-apa kandungan meragukan supaya membuat laporan," katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kasih di FELDA Palong Satu, di sini, hari ini.

Fahmi berkata, keadaan media sosial sepanjang kempen kini masih terkawal, namun pihaknya menjangkakan kemungkinan akan berlaku peningkatan penyebaran maklumat menjelang tempoh akhir kempen dengan hari pengundian pada 1 Ogos depan.

"Biasanya dalam tempoh 72 hingga 96 jam terakhir, akan ada pecutan akhir daripada pelbagai pihak.

"Kita berharap tidak berlaku satu keadaan kebanjiran maklumat palsu, terutama dalam tempoh kritikal itu," katanya.

Beliau sekali gus mengingatkan orang ramai agar melaporkan sebarang kandungan yang melanggar peraturan pilihan raya atau garis panduan platform media sosial, kepada pihak berkenaan.

Video Terkini

Berita Berkaitan