BH Online
Ringkasan Berita

Pendedahan laporan RCI TH tertakluk keputusan Kabinet

REMBAU: Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam isu Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum tertakluk keputusan Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen.
Pendedahan laporan RCI TH tertakluk keputusan Kabinet

Menteri Luarm Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media Program Santai Bersama calon DUN Rantau di PDM Kampung Pedas Tengah DUN Chembong. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

REMBAU: Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam isu Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum tertakluk keputusan Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sebarang kertas yang ingin dibawa ke Parlimen perlu terlebih dahulu mendapat pertimbangan dan persetujuan Kabinet.

"Itu terpulanglah kepada Menteri Undang-Undang (Datuk Seri Azalina Othman Said) untuk mengemukakannya ke Kabinet sebelum ia boleh dibentangkan ke Parlimen.

"Kerana sebelum apa juga kertas yang nak dibawa ke Parlimen mesti dibawa ke Kabinet dan di atas persetujuan Kabinet," katanya selepas menghadiri program Santai bersama Tok Mat Hasan di Pedas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada laporan RCI berhubung TH akan didedahkan kepada umum.

Mohamad berkata, perkara itu tidak menimbulkan sebarang isu kerana ia perlu melalui proses yang ditetapkan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI berkaitan TH bagi membolehkan rakyat meneliti dakwaan penjualan aset strategik agensi itu sebelum ini.

Katanya, beliau akan merujuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, bagi menentukan sama ada laporan berkenaan boleh didedahkan hari ini, Khamis, atau selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu depan.

Video Terkini

Berita Berkaitan