BH Online
Ringkasan Berita

10 pegawai kanan KWAP, MOF, dipanggil SPRM beri keterangan

KUALA LUMPUR: Seramai 10 pegawai kanan pembuat keputusan daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Kementerian Kewangan (MOF) dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes dana pelaburan RM163 juta dalam syarikat eFishery di Indonesia.
10 pegawai kanan KWAP, MOF, dipanggil SPRM beri keterangan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman. Gambar fail

KUALA LUMPUR: Seramai 10 pegawai kanan pembuat keputusan daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Kementerian Kewangan (MOF) dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes dana pelaburan RM163 juta dalam syarikat eFishery di Indonesia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan semua mereka terbabit sudah dirakam keterangan sejak kelmarin.

Bagaimanapun, beliau berkata, beberapa pihak termasuk ahli yang menganggotai Jawatankuasa Kewangan dan semua ahli Panel Pelaburan KWAP yang terbabit juga akan dipanggil bagi tujuan sama dalam masa terdekat ini.

"Pada kelmarin, keterangan daripada saksi sudah mula diambil dan setakat semalam, seramai 10 saksi dipanggil membantu siasatan iaitu pegawai kanan KWAP serta MOF yang terbabit dalam proses membuat keputusan.

"Rakaman percakapan daripada semua 10 orang saksi ini juga sudah dirakamkan dan dimuktamadkan. Bagaimanapun, ia hanya sekadar langkah pada peringkat awal penyiasatan.

"Kita jangka lebih ramai lagi yang akan dipanggil termasuk ahli yang menganggotai Jawatankuasa Kewangan dan semua ahli Panel Pelaburan KWAP yang terbabit," katanya dalam kenyataan video, di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Video Terkini

Berita Berkaitan