BH Online
Ringkasan Berita

Siasatan dakwaan salah laku babitkan pengarah hospital di Sabah selesai

KOTA KINABALU: Siasatan berhubung dakwaan salah laku yang membabitkan seorang pengarah hospital di Sabah selesai.
Siasatan dakwaan salah laku babitkan pengarah hospital di Sabah selesai

Foto hiasan.

KOTA KINABALU: Siasatan berhubung dakwaan salah laku yang membabitkan seorang pengarah hospital di Sabah selesai.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memaklumkan jawatankuasa khas yang dilantik Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyiasat perkara itu telah menamatkan siasatannya.

"Siasatan menyeluruh telah diselesaikan oleh jawatankuasa khas yang dilantik oleh KKM bagi menyiasat perkara ini.

"Dapatan siasatan telah diterima, dan tindakan susulan yang disyorkan sedang dilaksanakan mengikut prosedur serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan itu menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku, khususnya serangan seksual, gangguan seksual dan perbuatan buli di tempat kerja.

Menurutnya, perbuatan sedemikian bertentangan nilai integriti dan etika perkhidmatan awam, selain boleh menjejaskan kesejahteraan fizikal dan mental petugas kesihatan.

"Jabatan akan terus memperkukuh usaha bagi menegakkan integriti organisasi serta melindungi kebajikan seluruh tenaga kerjanya," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan