BH Online
Ringkasan Berita

Ada 4 hingga 5 mesyuarat sebelum pembidaan tender terbuka projek jalan, terowong dasar laut -Saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen diberitahu terdapat empat hingga lima mesyuarat antara Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG) dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum pembidaan tender terbuka projek jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu.
Ada 4 hingga 5 mesyuarat sebelum pembidaan tender terbuka projek jalan, terowong dasar laut -Saksi

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen diberitahu terdapat empat hingga lima mesyuarat antara Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG) dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum pembidaan tender terbuka projek jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu.

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zulhilmi Ramli, 34, berkata mesyuarat berkenaan dihadiri wakil syarikat iaitu Datuk Lee Chee Hoe dan wakil kerajaan negeri daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pulau Pinang yang diwakili individu dikenali sebagai Azlan.

Saksi pendakwaan ke-38 itu yang menjawab soalan peguam bela, Mohd Haijan Omar ketika sesi pemeriksaan balas, bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengingati tarikh mesyuarat terbabit.

Saksi itu berkata demikian pada perbicaraan terhadap bekas Ketua Menteri Pinang, Lim Guan Eng, 65, yang berdepan kes rasuah berhubung projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Sementara itu, Zulhilmi menolak cadangan Haijan yang menyatakan tiada asas yang menyokong kepada dakwaan saksi CZBUCG mengenai semua mesyuarat itu yang dihadiri mereka, selain daripada tiga mesyuarat pada 10 dan 19 Mei serta 11 Julai 2011 , iaitu sebelum pembidaan tender terbuka.

Zulhilmi berkata, ia berdasarkan keterangan bekas Pengarah CZBUCG, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli bahawa terdapat perjumpaan awal, bagaimanapun bersetuju bahawa tiada rekod mengenai mesyuarat tambahan itu.

Zulhilmi turut bersetuju bahawa dokumen dirampas kebanyakannya terdiri daripada borang pembayaran, buku cek dan fail berkaitan projek pembinaan tiga jalan utama.

Sebelum ini, Zulhilmi menerusi pernyataan saksinya berkata CZBUCG adalah syarikat yang terbaik daripada lima pembida yang dinilai bagi projek berkenaan.

Beliau berkata CZBUCG memperoleh markah 93 peratus berbanding pembida terdekat iaitu VST Cemerlang yang memperoleh markah 77 peratus, menyebabkan syarikat CZBUCG dipilih mendapatkan tender bagi projek terbabit.

Guan Eng didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek pembinaan jalan utama dan terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad, sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut itu,

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.

Video Terkini

Berita Berkaitan