BH Online
Ringkasan Berita

30 minit sengsara, 2 jari tangan hancur tersepit mesin proses kuih

MELAKA: Seorang wanita menahan kesakitan kira-kira 30 minit selepas dua jari tangannya hancur tersepit dalam mesin memproses kuih di rumahnya di Taman Nirwana, dekat Batang Tiga, di sini, hari ini.
30 minit sengsara, 2 jari tangan hancur tersepit mesin proses kuih

Anggota bomba membantu mengeluarkan dua jari tangan mangsa yang tersepit dalam mesin memproses kuih. - Foto ihsan bomba

MELAKA: Seorang wanita menahan kesakitan kira-kira 30 minit selepas dua jari tangannya hancur tersepit dalam mesin memproses kuih di rumahnya di Taman Nirwana, dekat Batang Tiga, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi menyebabkan jari manis dan jari tengah pada tangan kanan mangsa, 37 hancur sebelum pasukan bomba dipanggil untuk membantu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB), Mohd Zaidi Ma'at berkata, pihaknya sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu bersama enam anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Sebaik tiba, jari tangan mangsa masih tersepit dalam mesin memproses kuih.

"Sebaik berjaya dikeluarkan daripada mesin, dua jari pada tangan mangsa didapati hancur sebelum wanita itu diserahkan kepada pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk rawatan lanjut," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan