BH Online
Ringkasan Berita

Dakwaan jadi 'boneka DAP' hanya andaian tanpa sebarang bukti - Aminuddin

PORT DICKSON: Pakatan Harapan (PH) tidak akan melayan serangan politik atau dakwaan yang disifatkan fitnah sepanjang baki tempoh kempen, sebaliknya memberi tumpuan menjelaskan manifesto serta tawaran kepada rakyat.
Dakwaan jadi 'boneka DAP' hanya andaian tanpa sebarang bukti - Aminuddin

Datuk Seri Aminuddin Harun. - NSTP/ Mohd Fadli Hamzah

PORT DICKSON: Pakatan Harapan (PH) tidak akan melayan serangan politik atau dakwaan yang disifatkan fitnah sepanjang baki tempoh kempen, sebaliknya memberi tumpuan menjelaskan manifesto serta tawaran kepada rakyat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pelbagai serangan dilemparkan termasuklah dakwaan beliau menjadi 'boneka DAP', namun semua itu hanyalah andaian tanpa sebarang bukti.

"Serangan itu tidak memberi kesan kepada kami. Apa yang kami tawarkan kepada rakyat sudah diterjemahkan menerusi manifesto.

"Itulah yang lebih penting daripada melayan andaian dan fitnah yang dimainkan pihak lawan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambah Aminuddin, barisan calon dipertaruhkan PH kali ini memiliki pengalaman dan kemampuan untuk meneruskan agenda pembangunan negeri sekiranya diberi mandat sekali lagi.

Malah, beliau yakin rakyat mampu menilai sendiri rekod pentadbiran kerajaan negeri berdasarkan prestasi serta tawaran yang dikemukakan.

"Perdana Menteri sudah umum beberapa kali bahawa saya calon Menteri Besar, jadi saya perlu bekerja bukan lagi 100 peratus, tetapi 200 peratus bersama seluruh pasukan bagi memastikan kemenangan PH.

"Saya akan memastikan kita mampu mengorak langkah... kerana itu kita nampak calon-calon daripada PH kali ini mampu memberikan saingan dengan pengalaman dan kebolehan mereka.

"Mereka juga mampu melaksanakan amanah ini dengan baik, Insya-Allah.," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan