BH Online
Ringkasan Berita

Masjid, surau dimohon buat sunat hajat esok doa kesihatan Sultan Terengganu - JHEAT

KUALA TERENGGANU: Semua masjid dan surau di negeri ini dimohon melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, selepas solat Jumaat esok.
Masjid, surau dimohon buat sunat hajat esok doa kesihatan Sultan Terengganu - JHEAT

Foto hiasan.

KUALA TERENGGANU: Semua masjid dan surau di negeri ini dimohon melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, selepas solat Jumaat esok.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin, berkata selain solat hajat di masjid, semua surau turut dimohon melaksanakan solat hajat selepas Isyak malam esok.

"”‹Pelaksanaan solat hajat itu bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar Sultan Mizan dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas satu maklumat tular di media sosial mengenai arahan supaya semua masjid dan surau di negeri ini melaksanakan solat hajat untuk tujuan itu.

M Rozi menegaskan, tiada arahan dikeluarkan kepada semua masjid dan surau seperti maklumat tular itu, sebaliknya JHEAT mengeluarkan pekeliling supaya pelaksanaan solat hajat diadakan.

"JHEAT meminta kerjasama semua pihak, termasuk jawatankuasa pengurusan masjid dan surau supaya pelaksanaan solat hajat diadakan mengikut ketetapan dikeluarkan.

"JHEAT menyeru orang ramai bersama menunaikan solat hajat memohon ke hadrat Allah SWT supaya baginda dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan