BH Online
Ringkasan Berita

Hamzah sokong naik kadar SARA, tetapi persoal waktu pengumuman dibuat

JELEBU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengalu-alukan rancangan kerajaan untuk meningkatkan bantuan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (Sara), namun mempersoal waktu pengumuman itu dibuat iaitu ketika kempen pilihan raya Negeri Sembilan sedang berlangsung.
Hamzah sokong naik kadar SARA, tetapi persoal waktu pengumuman dibuat

Datuk Seri Hamzah Zainudin, berucap ketika Ceramah Gelombang Biru sempena Pilihanraya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Felcra Lakai, Jelebu. - NSTP/ Mohamad Shahril Badri Saali

JELEBU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengalu-alukan rancangan kerajaan untuk meningkatkan bantuan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (Sara), namun mempersoal waktu pengumuman itu dibuat iaitu ketika kempen pilihan raya Negeri Sembilan sedang berlangsung.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, sebarang tambahan bantuan kepada rakyat wajar dialu-alukan, tetapi beliau menggesa pengundi supaya menilai keadaan di sebalik pengumuman tersebut.

"Jika kerajaan mahu menambah bantuan SARA, tambahlah. Kalau digandakan sekalipun, alhamdulillah. Jika lebih banyak bantuan diberikan kepada rakyat, kita bersyukur.

"Tetapi rakyat perlu sedar apabila pengumuman seperti ini dibuat ketika pilihan raya sedang berlangsung, ia memberi gambaran bahawa individu yang membuat pengumuman itu sedang menggunakan peluang untuk meraih keuntungan politik," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman mengenai kenaikan kadar SARA dalam tempoh terdekat itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Ceramah Jelajah Kekal HARAPAN di Paroi, dekat sini.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, pengundi perlu menilai pengumuman seperti itu dengan teliti dan tidak mudah dipengaruhi semata-mata oleh janji-janji yang dibuat ketika musim pilihan raya.

Video Terkini

Berita Berkaitan