BH Online
Ringkasan Berita

LCS TLDM diperkasa dengan sistem peluru berpandu SAM dari Perancis

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menandatangani Surat Setuju Terima (SST) bersama MBDA France bagi perolehan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) sempena Farnborough International Airshow 2026 di United Kingdom, pada Isnin lalu.
LCS TLDM diperkasa dengan sistem peluru berpandu SAM dari Perancis

Lokman (kiri) menandatangani Surat Setuju Terima (SST) bersama MBDA France sempena Farnborough International Airshow (FIA) 2026. Foto ihsan MINDEF

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menandatangani Surat Setuju Terima (SST) bersama MBDA France bagi perolehan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) sempena Farnborough International Airshow 2026 di United Kingdom, pada Isnin lalu.

MINDEF berkata, berkenaan ditandatangani Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali bersama syarikat pertahanan Perancis itu bagi melengkapkan keupayaan persenjataan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Perolehan ini juga adalah kontrak pelengkap penting bagi projek LCS bagi memastikan kapal berkenaan memiliki keupayaan pertahanan udara yang memenuhi keperluan operasi TLDM.

"Pemeteraian SST ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keupayaan strategik pertahanan maritim negara bagi mendepani cabaran geopolitik semasa," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan status kemajuan fizikal projek LCS mencatatkan pencapaian 78.1 peratus sehingga 31 Mei lalu. – BERNAMA

Video Terkini

Berita Berkaitan