BH Online
Ringkasan Berita

ADUN Duyong jadi tetamu podcast BH, lawat Balai Berita dan studio TV

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Melaka - Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem hari ini berkunjung ke Balai Berita Media Prima di Bangsar, di sini sebagai panel audio siar BH, Borak Harini.
ADUN Duyong jadi tetamu podcast BH, lawat Balai Berita dan studio TV

ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem (tengah) selepas menjadi panel podcast Borak Harini yang akan disiarkan pagi Ahad ini. Hadir sama Zulkifli Jalil (kanan sekali), Abdul Halim (dua kanan) serta hos bersama Borak Harini, Ercy Gracella Ajos (kiri sekali) dan Suzalina Halid. - Foto NSTP/Haidatul Elyani Herman

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Melaka - Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem hari ini berkunjung ke Balai Berita Media Prima di Bangsar, di sini sebagai panel audio siar BH, Borak Harini.

Selain menjadi tetamu audio siar, ADUN Duyong yang menjadi fenomena di media sosial, turut dibawa melawat studio dan meninjau operasi Berita Harian serta unit Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima bagi merasai sendiri operasi portal media dalam talian, cetak serta berita TV.

@bharianmy Pesanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang berkunjung ke Balai Berita Media Prima di Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini. ♬ original sound - Berita Harian

Menerusi audio siar yang akan bersiaran pagi Ahad ini, Noor Helmy berkongsi kisah pembabitan beliau di media sosial.

ADUN DUYONG MELAKA borak2
Hos, Suzalina Halid (kiri) dan Ercy Gracella Ajos (tengah) bersama ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem pada Podcast BH, Borak Harini yang akan disiarkan Ahad ini menerusi YouTube BH Online. - Foto NSTP/Haidatul Elyani Herman

Beliau terkenal di media sosial apabila menggabungkan kandungan yang bersifat turun padang, penyelesaian masalah rakyat dan gaya penyampaian santai, berbeza daripada pendekatan kebanyakan ahli politik.

Noor Helmy yang juga Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, aktif di TikTok dan Facebook. Beliau mempunyai lebih 1.5 juta pengikut di media sosial, dengan kandungannya sering meraih jutaan tontonan.

Memaparkan kerja sebenar di lapangan. Video beliau banyak memaparkan penyelesaian aduan rakyat seperti membaiki infrastruktur, membantu keluarga susah, menyelesaikan isu banjir dan kebajikan penduduk.

Menampilkan watak-watak penduduk tempatan. Individu seperti "Uncle Wong", "Dak Nor" dan "Pak Cik Waibee" sering muncul dalam videonya.

MOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM borak 3
ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem ketika menjadi panel pada Podcast BH, Borak Harini yang akan disiarkan Ahad ini. - Foto NSTP/Haidatul Elyani Herman

Menurut Noor Helmy, mereka bukan pelakon, sebaliknya penduduk sebenar yang dibantu, dan kemunculan mereka membantu menarik perhatian kepada isu kebajikan.

Katanya, beliau menggunakan media sosial bukan semata-mata untuk meraih populariti, tetapi sebagai medium mendidik masyarakat mengenai isu infrastruktur, pentadbiran dan peranan wakil rakyat.

Berani menyuarakan pendirian. Beliau juga dikenali kerana lantang mengulas beberapa isu semasa, termasuk isu pendatang tanpa izin dan Rohingya, yang sering mencetuskan perbincangan dalam talian.

Hadir sama mengiringi lawatan beliau adalah Pengarang Kumpulan BH, Zulkiffli Jalil serta timbalannya M Thilinathan; Pengarang Bersekutu BH, Ahmad Naim Tahir dan Pengarang Digital, Abdul Halim Yusoff dan Pengurus Perkhidmatan Sokongan & Operasi Teknikal (NCA Media Prima), Rahim Daim.

Video Terkini

Berita Berkaitan