BH Online
Ringkasan Berita

EXCO Melaka cemas pokok tumbang hempap rumah, tiga kenderaan rosak

MELAKA: Bunyi dentuman kuat mengejutkan EXCO Melaka, Datuk Kalsom Noordin ketika menunaikan solat sunat awal pagi tadi apabila sebatang pokok tumbang menghempap kediamannya di Pantai Peringgit.
EXCO Melaka cemas pokok tumbang hempap rumah, tiga kenderaan rosak

Pokok tumbang yang menghempap bumbung rumah Kalsom di Pantai Peringgit, Melaka pagi tadi. Foto ihsan Kalsom

MELAKA: Bunyi dentuman kuat mengejutkan EXCO Melaka, Datuk Kalsom Noordin ketika menunaikan solat sunat awal pagi tadi apabila sebatang pokok tumbang menghempap kediamannya di Pantai Peringgit.

Kejadian pada kira-kira jam 5 pagi itu menyebabkan Kalsom yang juga EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka itu bergegas melihat keadaan di luar rumah sebelum mendapati pokok itu menghempap bahagian bumbung hadapan kediamannya yang didiami sejak lebih 30 tahun lalu.

Beliau kemudian segera mengejutkan anak dan cucunya yang berada di rumah sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

"Ketika sedang solat, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dari luar rumah sebelum melihat pokok menghempap bumbung depan rumah.

"Kejadian itu menyebabkan pagar rumah dan bumbung garaj rosak, selain tiga kenderaan turut terjejas dengan satu daripadanya rosak teruk," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, berkata meskipun mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda tetapi bersyukur kerana

semua ahli keluarganya selamat dalam kejadian itu.

"Sebelum ini saya pernah membuat aduan berhubung keadaan pokok itu, namun dimaklumkan kos untuk menebangnya dianggarkan mencecah RM20,000.

"Sebab itu saya rasa lebih baik pokok seperti ini ditebang demi keselamatan orang ramai terutama pokok yang tidak ada akar tunjang," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.44 pagi.

Beliau berkata, enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira enam minit kemudian.

"Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja memotong batang pokok tumbang itu dan membersihkan kawasan terjejas dengan operasi selesai pada jam 8.40 pagi," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan