BH Online
Ringkasan Berita

MBIP sita, keluar notis perintah tutup premis Network School

ISKANDAR PUTERI: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) hari ini mengambil tindakan menutup dan menyita sebuah premis Network School di Forest City di sini hari ini.
MBIP sita, keluar notis perintah tutup premis Network School

Anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) memasang pita keselamatan dan menampal Notis Perintah Tutup Premis pada premis Network School di Forest City. - Foto NSTP/Najmi Nor’Azam

ISKANDAR PUTERI: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) hari ini mengambil tindakan menutup dan menyita sebuah premis Network School di Forest City di sini hari ini.

Tindakan menutup dan menyita premis berkenaan dengan menggunakan pita penghalang dilakukan sepasukan anggota penguatkuasaan MBIP pada jam 10.45 pagi ini.

Turut berada lokasi kejadian ialah beberapa anggota polis bantuan dan pengawal keselamatan premis berkenaan.

Tinjauan di lokasi berkenaan mendapati anggota penguatkuasaan turut menampal Notis Perintah Tutup Premis di bawah Undang-Undang Kecil 49(2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBIP) 2018.

Difahamkan, MBIP akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berhubung tindakan penutupan dan penyitaan premis itu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dijadual mengadakan sidang media di Bangunan Dato' Jaafar, Kota Iskandar di sini pada jam 2.30 petang bagi menjelaskan perkembangan lanjut berhubung isu berkenaan.

Semalam, MBIP mengumumkan pembatalan lesen perniagaan NSO Malaysia Sdn Bhd (Network School) serta mengarahkan semua aktiviti syarikat itu dihentikan berkuat kuasa 22 Julai selepas didapati melanggar beberapa syarat pelesenan.

Video Terkini

Berita Berkaitan