BH Online
Ringkasan Berita

6 negeri diramal alami ribut petir, hujan lebat, angin kencang hingga jam 11 pagi hari ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri sehingga jam 11 pagi hari ini.
6 negeri diramal alami ribut petir, hujan lebat, angin kencang hingga jam 11 pagi hari ini

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri sehingga jam 11 pagi hari ini.

METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri terbabit ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Sabah.

Kawasan yang terbabit ialah di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kerian dan Larut, Matang Dan Selama di Perak serta seluruh negeri Pulau Pinang.

Bagi Pahang kawasan yang terbabit adalah di Rompin manakala Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor.

Sabah diramal cuaca yang sama di kawasan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat)

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan