BH Online
Ringkasan Berita

Pos ArRahnu Gold-i mudahkan rakyat simpan emas

KUALA LUMPUR: Ramai dalam kalangan masyarakat pernah menyimpan hasrat untuk memiliki emas, namun tanggapan bahawa ia memerlukan modal yang besar sering menyebabkan niat berkenaan tertangguh.

KUALA LUMPUR: Ramai dalam kalangan masyarakat pernah menyimpan hasrat untuk memiliki emas, namun tanggapan bahawa ia memerlukan modal yang besar sering menyebabkan niat berkenaan tertangguh.

Kini, orang ramai mempunyai pilihan yang lebih mudah dan fleksibel untuk mula mengumpul aset berkenaan mengikut kemampuan kewangan masing-masing tanpa perlu menunggu mempunyai pendapatan yang tinggi.

Bermula 13 Julai 2026, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menerusi perkhidmatan pajak gadai Islamnya, Pos ArRahnu, melancarkan Pos ArRahnu Gold-i, iaitu platform emas digital patuh Syariah yang membolehkan pelanggan mula memiliki emas secara digital dari serendah RM10.

Perkhidmatan baharu ini ditawarkan menerusi kerjasama strategik bersama Go Capital Growth Sdn Bhd sebagai penyedia emas yang dilantik.

Akses pemilikan emas lebih mudah

Bagi sebahagian masyarakat, emas sering dikaitkan dengan keperluan modal yang tinggi serta proses transaksi yang kompleks. 

Namun melalui Pos ArRahnu Gold-i, pelanggan kini boleh memulakan simpanan emas dengan jumlah kecil tanpa membebankan aliran tunai bulanan.

Dengan nilai minimum serendah RM10, ia membuka ruang kepada setiap lapisan masyarakat untuk mula mengenali serta memiliki emas secara berperingkat mengikut kemampuan masing-masing.

Platform ini turut membolehkan pelanggan membeli, menjual, mengumpul simpanan, atau menukar pegangan emas digital kepada emas fizikal atau wang tunai mengikut keperluan semasa. 

Inisiatif ini juga memberi fleksibiliti kepada pengguna dalam mengurus simpanan aset mereka.

Disokong emas fizikal dan pensijilan diiktiraf

Setiap pegangan emas digital melalui Pos ArRahnu Gold-i disokong sepenuhnya oleh emas fizikal sebenar. 

Selain itu, emas berkenaan turut mempunyai pengesahan dan pensijilan daripada badan diiktiraf seperti London Bullion Market Association (LBMA), Institut Penyelidikan Standard dan Perindustrian Malaysia (SIRIM), serta Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM).

Langkah ini bertujuan memberi keyakinan kepada pengguna bahawa setiap simpanan emas adalah berasaskan aset sebenar serta melalui proses yang telus dan disahkan.

Pengalaman lebih 10 tahun dalam perkhidmatan emas

Walaupun Pos Malaysia lebih dikenali sebagai penyedia perkhidmatan pos dan kurier, anak syarikatnya, Pos ArRahnu mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam perkhidmatan emas melalui sistem pajak gadai Islam.

Selain perkhidmatan digital ini, ekosistem Pos ArRahnu turut menawarkan produk emas fizikal seperti wafer dan jongkong emas kepada pelanggan yang memilih untuk memiliki aset dalam bentuk fizikal bagi tujuan simpanan jangka panjang atau hadiah.

Ketika ini, Pos ArRahnu mempunyai lebih 60 cawangan di seluruh negara yang beroperasi di dalam pejabat pos, manakala Pos Malaysia menyediakan lebih 600 titik sentuhan bagi memudahkan pelanggan mendapatkan akses dan bantuan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pendaftaran boleh melayari laman web rasmi di https://posarrahnugold.ace2u.com.

Video Terkini

Berita Berkaitan