BH Online
Ringkasan Berita

Sultan Kedah, Tunku Mahkota Kedah berkenan melawat Media Prima

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Media Prima Berhad (MPB) di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar di sini, hari ini.
Sultan Kedah, Tunku Mahkota Kedah berkenan melawat Media Prima

Sultan Sallehuddin (tiga kanan) dan Tunku Shazuddin (empat kanan) berkenan mendengar penerangan yang disampaikan Dr Syed Hussian (kiri) di ruang pameran KLiK NSTP di Balai Berita, hari ini. Turut mengiringi, Farrah Naz (kanan). - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Media Prima Berhad (MPB) di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda dan Tunku Mahkota kira-kira jam 11 pagi itu disambut Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, bersama barisan pengurusan kanan syarikat.

Sejurus tiba, Sultan Sallehuddin berkenan menandatangani buku pelawat dan plak peringatan di Studio Sri Pentas di Aras Dua.

SULTAN KEDAH LAWAT MEDIAcaegsc PRIMA
Sultan Sallehuddin bersama Tunku Shazuddin Ariff berkenan membaca berita di Studio A TV3 di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
6266924697748443774 (1)
Sultan Sallehuddin (kanan) berkenan menerima cendera kenangan daripada Dr Syed Hussian (dua dari kanan). - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Baginda dan Tunku Shazuddin Ariff kemudian berkenan mendengar taklimat korporat yang disampaikan Syed Hussian, selain menyaksikan pembentangan korporat oleh Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar sebelum dipertontonkan montaj yang memaparkan sorotan istiadat pertabalan baginda.

Sebagai tanda penghargaan, Sultan Sallehuddin turut berkenan menerima cendera kenangan berupa keratan muka hadapan akhbar Berita Harian (BH) yang diterbitkan sempena istiadat pertabalan baginda.

Rombongan diraja seterusnya berkenan melawat Studio A TV3 dan diberi taklimat mengenai operasi serta proses penerbitan berita televisyen.

Sultan Sallehuddin dan Tunku Shazuddin Ariff kemudian berkenan mencuba membaca berita bagi slot Buletin Utama untuk jam 8 malam dengan berpandukan teleprompter, di bawah bimbingan penyampai berita, Meor Abdul Malek Raiyani dan Azaria Tagaya.

SULTAN KEDAH agvac
Sultan Sallehuddin bersama Tunku Shazuddin Ariff (tengah) dan Dr Syed Hussian (kanan) bersama warga kerja Media Prima termasuk Berita Harian. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
SULTAN KEDAH LAWAT Mcsc dEDIA PRIMA
Sultan Sallehuddin (duduk kiri) dan Tunku Shazuddin Ariff (duduk kanan) berkenan bergambar dengan warga kerja Media Prima di Studio A TV3. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Selepas itu, baginda bersama Tunku Mahkota turut berkenan melawat ke Pusat Arkib The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), KLiK.

Lawatan kemudian diteruskan ke Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian radio Hot FM, Kool 101, Molek FM, Fly FM dan Eight FM, selain baginda berkenan mendengar penerangan mengenai operasi penyiaran radio syarikat itu.

Sementara itu, Dr Syed Hussian berkata, lawatan berkenaan amat bermakna kepada MPB dan menjadi platform untuk terus memperkukuh hubungan baik yang sekian lama terjalin dengan institusi diraja Kedah.

"Keberangkatan Sultan Kedah dan Tunku Mahkota ke MPB hari ini bukan sahaja mencerminkan hubungan erat yang sedia terjalin, malah menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih kukuh antara syarikat dan institusi diraja Kedah," katanya.

bhsultan4
Sultan Sallehuddin bersama Tunku Shazuddin Ariff berkenan berkenan melawat konti radio HotFM. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Audio, Nazri Noran; Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa MPB, Jasbant Singh dan timbalannya yang juga Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Abd Karim.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan BH, Zulkifli Jalil; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, M Thillinadan dan Timbalan Pengarang Kumpulan NST, Sharanjit Singh Tara Singh.

Video Terkini

Berita Berkaitan