BH Online
Ringkasan Berita

"Petugas jentera pilihan raya PH, BN dan BERSATU duduk makan semeja" - Peniaga

KUALA PILAH: Pertandingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh mengundang situasi unik membabitkan lokasi bilik gerakan tiga parti itu.
"Petugas jentera pilihan raya PH, BN dan BERSATU duduk makan semeja" - Peniaga

Bilik gerakan tiga parti politik yang bertanding di DUN Juasseh terletak berhampiran di Kampung Juasseh Tengah. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA PILAH: Pertandingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh mengundang situasi unik membabitkan lokasi bilik gerakan tiga parti itu.

Tinjauan mendapati bilik gerakan Pakatan Harapan (PH) di Juasseh Tengah hanya dipisahkan lapan langkah dari bilik gerakan BERSATU manakala di hadapannya terletak bilik gerakan Barisan Nasional (BN) kira-kira 20 langkah antara PH dan BERSATU.

Peniaga Juasseh Tengah, Norizan Mohamed Yaacob, 51, berkata jentera dan petugas ketiga-tiga parti bertanding boleh makan duduk semeja.

"Memang selalu mereka makan bersama-sama. Tak ada nak bertekak ke apa antara satu sama lain.

"Kebiasaannya jentera parti ini makan di bilik gerakan BERSATU waktu malam," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam PRN Negeri Sembilan kali ini, DUN Juasseh bakal menyaksikan tiga penjuru membabitkan calon BN, Datuk Ismail Lasim menentang Mohd Aidil Abdullah (PH) dan Mohd Zuhaimi Md Yusof (BERSATU).

Video Terkini

Berita Berkaitan