BH Online
Ringkasan Berita

Persefahaman BN, PN di PRN Negeri Sembilan boleh diaplikasi di peringkat pusat - Dewan Ulama PAS Pusat

KUALA LUMPUR : Dewan Ulamak PAS Pusat percaya kesefahaman terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bukan sahaja relevan di peringkat negeri itu, malah boleh diaplikasi ke peringkat nasional.
Persefahaman BN, PN di PRN Negeri Sembilan boleh diaplikasi di peringkat pusat - Dewan Ulama PAS Pusat

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohd Nor Hamzah. - Foto FB Ustaz Mohd Nor Hamzah

KUALA LUMPUR : Dewan Ulamak PAS Pusat percaya kesefahaman terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bukan sahaja relevan di peringkat negeri itu, malah boleh diaplikasi ke peringkat nasional.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, muafakat itu satu perkembangan amat positif dalam usaha menjayakan agenda penyatuan ummah di negara ini.

"Ia demi maslahat dan kepentingan rakyat seluruhnya bagi menolak pihak yang jelas gagal dalam urus tadbir serta lemah dari sudut tatakelola dalam menguruskan negara dan memelihara kebajikan rakyat.

"Pendekatan budaya politik matang dan sejahtera yang mengutamakan kebenaran, keadilan dan perpaduan ini perlu terus subur dan dipertahankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Dewan Ulamak PAS Pusat menyambut baik dan menyokong penuh langkah kesepakatan dibina membabitkan parti terbesar Melayu-Islam pada PRN Negeri Sembilan Ke-16.

Katanya, situasi politik orang Melayu-Islam yang semakin terancam hari ini, mendesak supaya kuasa politik ini dipertahankan dengan seutuhnya.

"Justeru, adalah menjadi satu kewajipan buat semua parti berteraskan Melayu dan Islam untuk mengetepikan perbezaan dan bersatu padu.

"Sejak kebelakangan ini, timbul pelbagai isu meresahkan dan membimbangkan umat Islam, terutamanya perihal menyebabkan masyarakat Melayu-Islam terasa kepentingan serta kedaulatan hak mereka semakin hari semakin dicabar secara terbuka," katanya.

Beliau berkata, umat Islam wajib mengambil iktibar daripada peringatan Allah SWT mengenai bahaya perpecahan dan kesan membiarkan musuh saling bersekutu.

"Bagi memastikan usaha ini mendapat keberkatan dan keampunan serta redha Allah SWT, kesepakatan ini perlulah didasari dengan keikhlasan yang hakiki dari semua pihak.

"Matlamat utama mestilah untuk memelihara kuasa politik orang Melayu-Islam daripada diancam kepupusan yang akhirnya hanya akan merugikan seluruh pihak dan generasi akan datang," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak pengundi Melayu-Islam di Negeri Sembilan supaya keluar menyokong penuh usaha murni ini.

"Tanpa dokongan dan undi daripada rakyat, gagasan penyatuan ini tidak akan berhasil diterjemahkan ke dalam bentuk kuasa pemerintahan," katanya.

BN dan PN membentuk persefahaman dalam mendepani PRN Negeri Sembilan, selepas masing-masing tidak bertembung di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

Video Terkini

Berita Berkaitan