BH Online
Ringkasan Berita

'Ramalan PH menang 23 kerusi, kita tunggu keputusan rakyat' - UMNO

JELEBU: Sasaran Pakatan Harapan (PH) memenangi sekurang-kurangnya 23 daripada 36 kerusi dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan perlu dinilai berdasarkan realiti semasa.
'Ramalan PH menang 23 kerusi, kita tunggu keputusan rakyat' - UMNO

Jalaluddin yang juga calon BN DUN Pertang, mengadakan tinjauan mesra di FELDA Paloh 1.

JELEBU: Sasaran Pakatan Harapan (PH) memenangi sekurang-kurangnya 23 daripada 36 kerusi dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan perlu dinilai berdasarkan realiti semasa.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata setiap parti bertanding yakin meraih kemenangan, namun sasaran dirangka perlu mengambil kira keadaan sebenar di lapangan.

"Bila bertanding, tentunya kena yakin. Walaupun sasaran itu terlalu baik untuk dipercayai, ia harus berasaskan realiti.

"Kita tunggu dan lihat sama ada mereka dapat 23 kerusi atau Barisan Nasional (BN) yang dapat sekurang-kurangnya 23 kerusi," katanya selepas sesi tinjauan mesra di FELDA Pasoh 1 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke, dilaporkan berkata, gabungan itu yakin menguasai 23 daripada 36 kerusi dalam PRN Negeri Sembilan untuk memperoleh mandat lebih besar dan membentuk kerajaan negeri yang stabil.

Video Terkini

Berita Berkaitan