BH Online
Ringkasan Berita

Tonton tawar peluang menang Nissan Kicks

KUALA LUMPUR: Aktiviti menonton drama dan anime kegemaran kini bukan sahaja menghiburkan, malah membuka peluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk sebuah kenderaan menerusi kempen Tonton Non Stop On Top yang kini memasuki fasa Lap 3.

KUALA LUMPUR: Aktiviti menonton drama dan anime kegemaran kini bukan sahaja menghiburkan, malah membuka peluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk sebuah kenderaan menerusi kempen Tonton Non Stop On Top yang kini memasuki fasa Lap 3.

Kempen yang berlangsung dari 13 hingga 26 Julai 2026 itu memberi ruang kepada pelanggan TontonUp mengumpul mata melalui penstriman kandungan terpilih di platform berkenaan.

Lebih banyak kandungan ditonton, lebih tinggi mata dikumpul sekali gus meningkatkan peluang menduduki carta teratas.

Bukan itu sahaja, pelbagai pilihan kandungan disediakan bagi memenuhi cita rasa penonton, merangkumi drama bersiri, filem tempatan, judul eksklusif serta anime popular dari Jepun.

Antara drama yang boleh ditonton termasuk Nur Kasih, Dunia Baru, Juvana dan Sindarela. Turut tersedia filem tempatan seperti Rock, Mukhsin serta Lagi Lagi Senario yang terus menjadi pilihan ramai.

Rebut hadiah utama

Bagi peminat anime, antara judul yang ditawarkan ialah BLEACH Thousand Year Blood War, JUJUTSU KAISEN dan Solo Leveling, selain pelbagai kandungan lain yang turut menyumbang kepada kutipan mata sepanjang tempoh kempen.

Setiap tontonan bukan sekadar memberikan hiburan, malah membantu peserta meningkatkan kedudukan dalam persaingan bagi merebut hadiah utama.

Dalam usaha mempercepatkan kutipan mata, Tonton turut meneruskan inisiatif Turboost yang menawarkan ganjaran berganda pada setiap hujung minggu.

Bagi minggu kelima pada 18 dan 19 Julai, antara kandungan terpilih ialah Haunted Blade Hunters, BRU Masin dan Manis, Perempuan Itu, Lelaki Itu serta Doa Yang Terlindung.

Manakala bagi minggu keenam pada 25 dan 26 Julai, penonton boleh menonton Salju dan 7 Buaya, 7 Hari Mencintaiku, 7 Hari Mencintaiku 2, 7 Hari Mencintaiku 3 serta Keluarga Itu untuk menggandakan kutipan mata sebelum kempen berakhir.

Penyertaan masih dibuka kepada pelanggan yang melanggan pelan TontonUp selama tiga atau 12 bulan.

Peserta hanya perlu menstrim kandungan yang ditetapkan untuk mula mengumpul mata dan berpeluang memenangi Nissan Kicks e POWER 1.2 VL sebagai hadiah utama Lap 3.

Kempen ini memberi peluang kepada pelanggan baharu dan sedia ada menikmati pelbagai kandungan hiburan sambil bersaing dalam carta pertandingan.

Orang ramai boleh menyertai kempen ini dengan melayari laman rasmi Tonton atau memuat turun aplikasi bagi memulakan kutipan mata serta merebut ganjaran yang ditawarkan.

Video Terkini

Berita Berkaitan