BH Online
Ringkasan Berita

Dakwaan pertemuan BN, PN, GPS dan GRS, Ahmad Zahid jawab 'tak ada, tak tahu'

CYBERJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud pertemuan antara pimpinan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini, seperti tular di media sosial.
Dakwaan pertemuan BN, PN, GPS dan GRS, Ahmad Zahid jawab 'tak ada, tak tahu'

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto fail BERNAMA

CYBERJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud pertemuan antara pimpinan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini, seperti tular di media sosial.

Pengerusi BN itu berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu sebaliknya menegaskan pendirian partinya kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

"Tak ada, tak tahu. Saya tak tahu-menahu hal tu. Saya periksa dengan Menteri Dalam Negeri pun, mengikut sumber pun tak ada, tak tahu, tak ada," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Imigresen Ke-104 di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial kononnya BN, PN, GPS dan GRS dijangka mengadakan sidang media pada jam 2 petang ini.

Bagaimanapun, maklumat tular yang memetik sumber itu tidak menyatakan tujuan sidang media berkenaan akan diadakan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, pendirian parti itu selaras dengan resolusi yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO.

"Itu pendirian dan resolusi kita yang kita bawa ke Perhimpunan Agung (UMNO). Tidak ada badan lebih tinggi daripada Perhimpunan Agung dan kita sangat menghormati keputusan itu.

"Jadi kita harap janganlah risau," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan