BH Online
Ringkasan Berita

'BN kena kerja keras di DUN Bahau, DAP sudah lebih 20 tahun di sini' - Ah Chong

JEMPOL: Cabaran memecah dominasi lebih dua dekad DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau bukan tugas mudah, namun ia tetap disambut calon Barisan Nasional (BN), Chong Fui Ming, dengan tekad menggunung.
'BN kena kerja keras di DUN Bahau,  DAP sudah lebih 20 tahun di sini' - Ah Chong

Fui Ming atau dikenali sebagai Ah Chong menyantuni pengundi di DUN Bahau pada kempen PRN Negeri Sembilan hari ini. NSTP/Abnor Hamizam Abd Manap

JEMPOL: Cabaran memecah dominasi lebih dua dekad DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau bukan tugas mudah, namun ia tetap disambut calon Barisan Nasional (BN), Chong Fui Ming, dengan tekad menggunung.

Lebih mesra disapa Ah Chong, beliau memikul misi besar bukan sekadar untuk bertanding, tetapi merampas kembali kerusi itu demi membawa suara baharu penduduk di DUN Bahau.

"Benar, bukan tugas mudah tetapi tidak mustahil untuk BN merampas kembali kerusi yang dimenangi DAP sejak 2004.

"Ada banyak isu tempatan, antaranya membabitkan golongan peniaga. Kita sudah teliti setiap aduan dan mereka mahu ada pihak membantu supaya masalah dihadapi boleh diselesaikan.

"BN akan membantu mencari penyelesaian sekiranya diberi peluang di DUN Bahau," katanya ketika ditemui, hari ini.

Ah Chong berkata, misi paling utama kini ialah meyakinkan pengundi memilih BN pada hari pengundian 1 Ogos ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Jempol berkata, kerjasama berpasukan membabitkan parti komponen BN dan ketika ini membentuk persefahaman dengan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat membantu kemenangan MCA di Bahau.

Katanya, empat akujanji diperkenal kepada masyarakat DUN Bahau membabitkan industri sektor pertanian, pelancongan, kebajikan dan kesihatan.

"Kita akan berusaha keras untuk memastikan kemenangan BN kerana kajian mendapati penduduk di kawasan bandar dan di kampung tradisi DUN Bahau sama-sama mahukan perubahan," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan