BH Online
Ringkasan Berita

DBKL kerjasama pakar arboris mula siasatan teknikal, pemeriksaan menyeluruh

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Persatuan Arboris Malaysia menjalankan siasatan teknikal dan pemeriksaan menyeluruh susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Tun Razak yang meragut satu nyawa semalam.
DBKL kerjasama pakar arboris mula siasatan teknikal, pemeriksaan menyeluruh

Laporan awal BH online mengenai kejadian pokok tumbang di Jalan Tun Razak malam tadi.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Persatuan Arboris Malaysia menjalankan siasatan teknikal dan pemeriksaan menyeluruh susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Tun Razak yang meragut satu nyawa semalam.

Menurut DBKL siasatan meliputi keadaan fizikal pokok, struktur akar, keadaan tanah, faktor persekitaran serta aspek lain yang berkaitan.

DBKL juga dalam proses melakukan semakan terhadap rekod pemeriksaan, penyelenggaraan dan sebarang aduan terdahulu di lokasi kejadian.

"DBKL akan memberi kerjasama penuh kepada polis dan agensi berkaitan bagi melengkapkan siasatan, selain akan berhubung dengan keluarga mangsa bagi membantu urusan berkaitan tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.

"DBKL menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap individu lain yang terbabit dalam kejadian menerima rawatan dan bantuan sewajarnya," katanya melalui kenyataan..

Dalam kejadian malam tadi, seorang lelaki dilapor cedera selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak, di sini.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas lima jam dimasukkan ke hospital.

Mengulas lanjut, DBKL mendedahkan kejadian malam tadi membabitkan pokok jenis Peltophorum pterocarpum atau 'yellow flame' yang dianggar berusia 19 tahun.

"Pokok berkenaan kali terakhir diperiksa dan disenggara 15 Mei 2025. Kontraktor dilantik DBKL melaksanakan kerja pengurangan silara (crown reduction) berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh arboris bertauliah.

"Sebagai langkah segera untuk mengelakkan kejadian berulang, DBKL mula menjalankan pemeriksaan terhadap pokok matang dan berpotensi mendatangkan risiko di jalan-jalan utama ibu kota.

"Tumpuan diberikan kepada kawasan yang mempunyai pergerakan trafik dan orang awam yang tinggi," katanya.

Pemeriksaan segera pokok matang dan berpotensi risiko

Menurut DBKL lagi, pemeriksaan awal dijangka mengambil masa dua bulan setengah atau 10 minggu merangkumi Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Datuk Keramat dan sebahagian Jalan Tun Razak.

bh19hempap
Laporan awal BH online mengenai kejadian pokok tumbang di Jalan Tun Razak malam tadi.

"Lapan pasukan yang turut merangkumi lima orang arboris digerakkan. Sebagai langkah pencegahan jangka sederhana pula, DBKL bakal memanfaatkan penggunaan teknologi bagi mengawal selia pokok di ibu kota.

"DBKL sedang menunggu kelulusan SIRIM bagi penggunaan sebanyak 400 unit pengesan pokok yang akan dipasang secara berperingkat di lokasi-lokasi hotspot terlebih dahulu.

"Pengesan berkenaan akan digunakan untuk memantau keadaan pokok dan memberikan bacaan awal berhubung perubahan yang boleh menjejaskan kestabilannya termasuk keadaan tanah, kelembapan, pergerakan struktur serta kesan cuaca buruk," katanya.

Untuk fasa pertama, DBKL memaklumkan pemasangan pengesan dijangka membabitkan empat lokasi iaitu Jalan Bangsar, Dataran Merdeka, Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan.

Video Terkini

Berita Berkaitan