BH Online
Ringkasan Berita

PM Anwar jawab isu KWAP di Dewan Negara esok

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam syarikat eFishery akan dijelaskan di dalam Dewan Negara, esok.
PM Anwar jawab isu KWAP di Dewan Negara esok

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada sidang media selepas merasmikan Proram MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Tambun Ipoh, hari ini. Foto L Manimaran

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam syarikat eFishery akan dijelaskan di dalam Dewan Negara, esok.

Beliau berkata, KWAP mempunyai panel pelaburan serta lembaga sendiri yang menguruskan keputusan pelaburan, namun enggan mengulas lanjut sehingga dibentangkan esok.

"Saya tak mahu bagi alasan, biar kita bagi apa faktanya esok dalam Dewan Negara.

"KWAP itu betul, dia bawah keseluruhannya. Tapi ini syarikat kewangan, pegangan pencen, dana pencen, ada panel pelaburan, lembaga, dia tak lapor pada kita." katanya pada sidang media selepas Program MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, di sini hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis di Parlimen mengesahkan pelaburan KWAP dalam eFishery adalah mangsa penipuan terancang susulan terdapat manipulasi laporan kewangan oleh pihak pengurusan syarikat dari Indonesia itu.

MOF dilaporkan, konsortium pelabur termasuk KWAP mengambil langkah tegas termasuk tindakan undang-undang, meneruskan usaha pemulihan dana, melaksanakan semakan tatakelola dalaman serta memperkukuh kawalan bagi melindungi kepentingan pelaburan.

Media sebelum ini melaporkan eFishery disiasat susulan dakwaan penyelewengan kewangan, termasuk manipulasi penyata kewangan yang menyebabkan hasil syarikat dilaporkan lebih tinggi daripada angka sebenar.

DealStreetAsia melaporkan KWAP melabur kira-kira AS$47.7 juta (RM200 juta) dalam pusingan pembiayaan Series D eFishery pada 2023.

Video Terkini

Berita Berkaitan