BH Online
Ringkasan Berita

PRN Negeri Sembilan: Formula kejayaan BN di Johor jadi rujukan - Johari

TAMPIN: Dalam keadaan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan sandaran menghadapi PRN Negeri Sembilan, pendekatan yang digunakan tetap perlu disesuaikan mengikut realiti politik setempat.
PRN Negeri Sembilan: Formula kejayaan BN di Johor jadi rujukan - Johari

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. - NSTP/Fail

TAMPIN: Dalam keadaan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan sandaran menghadapi PRN Negeri Sembilan, pendekatan yang digunakan tetap perlu disesuaikan mengikut realiti politik setempat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata kemenangan BN di Johor bukan bergantung kepada satu faktor semata-mata, sebaliknya gabungan tiga elemen utama iaitu kekuatan parti, pemilihan calon dan keupayaan jentera.

Beliau berkata, tiga faktor berkenaan menjadi asas penting yang perlu diterapkan BN di Negeri Sembilan bagi memastikan calon yang diketengahkan mendapat sokongan rakyat.

"Kita menang di Johor kerana memenuhi tiga perkara ini. Parti yang kuat, calon yang dipilih mempunyai kemampuan dan jentera yang bekerja dengan baik.

"Apabila kita datang ke Negeri Sembilan, negeri ini mempunyai kekuatan dan cabaran tersendiri. Kita tidak boleh menganggap formula yang sama akan terpakai secara automatik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama jentera BN Tampin di sini, semalam.

Johari berkata, jentera parti berperanan penting dalam menentukan kejayaan BN kerana mereka menjadi penghubung utama antara calon dan rakyat sepanjang tempoh kempen.

Katanya, kekuatan parti dan calon yang baik tidak mencukupi sekiranya jentera gagal bergerak sebagai satu pasukan.

"Kalau parti kita bagus, calon kita bagus, tetapi jentera tidak kuat atau berlaku perselisihan sesama sendiri, sukar untuk calon mendapat sokongan," katanya.

Johari berkata, jika Negeri Sembilan dimenangi BN, ia menjadi sebahagian daripada usaha BN memperkukuh semula kedudukan parti di peringkat negeri sebelum menghadapi pilihan raya seterusnya.

Beliau berkata, BN perlu terus melahirkan pemimpin baharu yang mampu membawa kesinambungan perjuangan parti berdasarkan rekod dan pengalaman terdahulu.

Video Terkini

Berita Berkaitan