BH Online
Ringkasan Berita

Rumah kedai runtuh, hempap kereta: "Tiada pelan, kelulusan PBT bagi kerja ubah suai" - ADUN

MELAKA: Sebuah rumah kedai dua tingkat yang runtuh dipercayai ketika menjalani kerja ubah suai di Taman Kota Laksamana di sini, petang tadi, mencetuskan kebimbangan berhubung aspek keselamatan bangunan berhampiran.
Rumah kedai runtuh, hempap kereta: "Tiada pelan, kelulusan PBT bagi kerja ubah suai" - ADUN

Sebuah bangunan kedai dua tingkat yang dipercayai sedang diubah suai runtuh secara tiba-tiba di Kota Laksamana di sini petang tadi. - NSTP/ Farhana Yaacob

MELAKA: Sebuah rumah kedai dua tingkat yang runtuh dipercayai ketika menjalani kerja ubah suai di Taman Kota Laksamana di sini, petang tadi, mencetuskan kebimbangan berhubung aspek keselamatan bangunan berhampiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chew Leong berkata, biarpun kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa, beliau kesal kerana pemilik tidak mendapatkan sebarang kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum menjalankan kerja berkenaan.

Bangunan terbabit sebelum ini dipercayai digunakan sebagai tempat ternakan burung walit dan kerja ubah suai dilakukan bagi menukarnya kepada sebuah kafe.

"Saya dimaklumkan ketika kejadian terdapat empat pekerja warga asing di kawasan berkenaan, namun mereka sempat menyelamatkan diri.

"Setakat maklumat diterima, tiada pelan atau kelulusan diperoleh daripada PBT bagi kerja berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi.

Tambahnya, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terperinci serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.

Walaupun bangunan itu milik persendirian, katanya pemilik tidak boleh menjalankan kerja pengubahsuaian sewenang-wenangnya tanpa mematuhi peraturan ditetapkan.

Difahamkan, runtuhan pertama berlaku kira-kira jam 4.45 petang sebelum disusuli runtuhan kedua berlaku jam 5.23 petang.

Video Terkini

Berita Berkaitan