BH Online
Ringkasan Berita

Kepala air: Jenazah Atikah, sepupu selamat dikebumi dalam satu liang

JITRA: Jenazah dua mangsa lemas di pusat peranginan Sungai Sedim, dekat Kulim semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palas, di sini hari ini.
Kepala air: Jenazah Atikah, sepupu selamat dikebumi dalam satu liang

Ahli keluarga menyiramkam air mawar di pusara Nur Atikah Abdullah dan Muhammad Aariz Daniel Md Radzi yang dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang Palas. - NSTP/ Wan Nabil Nasir

JITRA: Jenazah dua mangsa lemas di pusat peranginan Sungai Sedim, dekat Kulim semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palas, di sini hari ini.

Jenazah Nur Atikah Abdullah, 28, dan sepupunya, Muhammad Aariz Daniel Md Radzi yang berusia tiga tahun, dikebumikan dalam satu liang pada jam 5.30 petang.

Terdahulu jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Surau Kampung Palas sebaik selesai bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, untuk disembahyangkan.

Hampir 200 orang menghadiri pengebumian jenazah terdiri ahli keluarga dan rakan.

Dalam kejadian semalam, tiga maut selepas dihanyutkan arus deras ketika kepala air melanda Sungai Sedim.

Nur Atikah datang ke pusat peranginan Sungai Sedim itu bersama kira-kira 15 ahli keluarga termasuk ibu bapanya, dikatakan sempat menyambut hari lahir anak tunggalnya, Nur Atiya Sofiya Shazwan, yang berusia di situ sebelum kepala air berlaku sekitar 2 petang.

Video Terkini

Berita Berkaitan