BH Online
Ringkasan Berita

PRN Negeri Sembilan: Tun Faisal tumpu isu perbandaran lama di Sikamat

SEREMBAN: Isu perbandaran lama antara yang menjadi tumpuan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, 1 Ogos ini.
PRN Negeri Sembilan: Tun Faisal tumpu isu perbandaran lama di Sikamat

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Sikamat , Nor Azman Mohamad (kanan) bersama pencabarnya dari Perikatan Nasional (PN) Datuk Razali Abu Samah (tengah) dan calon Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz (kiri) pada penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke - 16 di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Forest Heights, hari ini. - Foto BERNAMA

SEREMBAN: Isu perbandaran lama antara yang menjadi tumpuan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, 1 Ogos ini.

Katanya, BERSATU mahu menawarkan pembelaan dan pembaharuan kepada rakyat di Sikamat.

"Isu di Sikamat banyak berkaitan pembandaran lama dan penyelenggaraan. Perbandaran lama ini boleh menjadi tidak berkembang dan memerlukan idea baharu bersama kegiatan ekonomi.

"Sekiranya ia tidak diatasi, yang menjadi mangsa adalah golongan muda kerana terpaksa keluar dari kawasan bagi mencari pekerjaan," katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon, Majlis Bandaraya Seremban Forest Heights, di sini, hari ini.

Tun Faisal berkata, aspek keselamatan termasuk isu pendatang asing turut perlu ditangani.

"Selama ini, tidak nampak ada pendekatan yang tuntas menguruskan isu berkenaan termasuk soal keselamatan dan lain-lain," katanya.

Mengulas percaturan BERSATU dalam PRN Negeri Sembilan kali ini, beliau berkata, 24 kerusi yang ditandingi dianggap 'besar'.

"Kita masuk (bertanding) bukan dalam jumlah kecil kerana kita percaya BERSATU boleh menjadi alternatif lebih baik daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN).

"Sebelum ini, kerajaan negeri pernah ditadbir BN dan selepas itu PH. Yang belum pernah mentadbir adalah BERSATU serta PN. Jadi kita percaya pemimpin kita boleh membawa cadangan dan tawaran baharu kepada rakyat Negeri Sembilan," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan