BH Online
Ringkasan Berita

Satu lawan satu BN lawan PH di Gemencheh, Repah

TAMPIN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh dan Repah menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Satu lawan satu BN lawan PH di Gemencheh, Repah

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (empat dari kiri) mengiringi calon BN kerusi DUN Gemencheh, Suhaimizan Bizar (lima dari kiri) dan Calon DUN Repah, Koh Kim Swee (baju putih) pada hari penamaan calon sempena PRN Negeri Sembilan ke-16, di Dewan Perdana Tampin, hari ini. Foto BERNAMA

TAMPIN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh dan Repah menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pengisytiharan calon layak bertanding itu diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Tampin, Mohd Fadhil Hassan, di Dewan Perdana Tampin sejurus proses penamaan calon berakhir pada jam 10 pagi tadi.

Di DUN Gemencheh, calon BN yang juga penyandang, Suhaimizan Bizar, dicabar calon dari PH merangkap Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan, Datuk Abd Latif A. Tambi.

Sementara itu, kerusi DUN Repah menyaksikan penyandang sejak 2008 yang mewakili PH, Veerapan Superamaniam, berdepan calon muka baharu BN, Koh Kim Swee.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Julai sebagai hari pengundian awal, manakala hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan ialah pada 1 Ogos depan.

Video Terkini

Berita Berkaitan