BH Online
Ringkasan Berita

PRN Negeri Sembilan: Penyokong BN, PN bergaul mesra, tiada lagi saling balas ejekan

PORT DICKSON: Kumpulan penyokong parti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dilihat bergaul mesra ketika bertemu di luar pusat penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di bandar ini, pagi ini.
PRN Negeri Sembilan: Penyokong BN, PN bergaul mesra, tiada lagi saling balas ejekan

Penyokong BN dan PN bergambar bersama di luar pusat penamaan calon di Port Dickson. - NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA

PORT DICKSON: Kumpulan penyokong parti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dilihat bergaul mesra ketika bertemu di luar pusat penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di bandar ini, pagi ini.

Tinjauan mendapati penyokong kedua-dua gabungan itu berbual dan bergambar bersama sementara menunggu pengesahan pencalonan, berbeza dengan suasana pada pilihan raya sebelum ini apabila tempat berkumpul parti berbeza dipisahkan.

Penyokong BN, Amri Saad, 53, berkata sebelum ini kumpulan penyokong BN dan PN dijarakkan kerana lazimnya akan saling berbalas ejekan.

"Inilah indahnya bila dua parti bekerjasama, penyokong masing-masing boleh duduk bersembang sambil mengibarkan bendera masing-masing tanpa rasa curiga.

"Saya yakin kerusi yang ditandingi BN dan PN akan memperoleh majoriti yang tinggi dan berjaya merampas beberapa kerusi yang dimenangi parti lawan, terutama Pakatan Harapan (PH)," ujarnya.

Bagi penyokong PN, Fauzi Ahmad, 52, penyokong BN yang mengiringi calon terlalu ramai dan suasana meriah bila bercampur dengan penyokong PN.

"Sekian lama kami tidak merasai kemeriahan seperti ini, baru kita rasa seronok dan keadaan tenang sementara menunggu pengumuman calon. Jika suasana seperti ini dapat dikekalkan, tidak mustahil BN dan PN akan akan membentuk kerajaan Negeri Sembilan 1 Ogos nanti," ujarnya.

Video Terkini

Berita Berkaitan