BH Online
Ringkasan Berita

'BN dan PN saling bantu calon bertanding, pastikan kemenangan' - Hadi Awang

JEMPOL: Perikatan Nasional (PN) akan membantu kempen semua calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
'BN dan PN saling bantu calon bertanding, pastikan kemenangan' - Hadi Awang

Abdul Hadi tiba di Pusat Penamaan Calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol. NSTP/FATULHAQIM ADNAN

JEMPOL: Perikatan Nasional (PN) akan membantu kempen semua calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata perkara sama akan dilakukan BN bagi membantu PN pada sepanjang kempen dua minggu ini.

"Alhamdulillah, ia menunjukkan satu prestasi sangat baik. Semangatnya sangat baik, khususnya kerjasama dengan BN, yang penting kita pastikan kuasa Melayu, Islam memimpin di Negeri Sembilan.

"Kita akan saling bekerjasama dalam kempen, Insya-Allah dia (BN) kempen di tempat kita dan kita (PN) kempen di tempat dia," katanya di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol bagi proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Serting di sini, hari ini.

Mengulas sama ada kerjasama di antara dua gabungan itu akan dimuktamadkan, Abdul Hadi berkata, perkara itu akan dinilai dari semasa ke semasa.

"Kita dimaklumkan daripada awal (kerjasama PN dan BN), kita tidak gopoh (akan) melihat dari semasa ke semasa. Insya-Allah (tengok keputusan macam mana) selepas ini," katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi bersama beberapa pemimpin PN termasuk Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengiringi calon gabungan itu yang juga penyandang kerusi DUN Serting, Fairuz Isa yang bakal berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Yaacob Mahmood dan Muhammad Noraffendy Mohd Salleh (BERSATU).

Video Terkini

Berita Berkaitan