BH Online
Ringkasan Berita

Parti Orang Asli Malaysia letak calon wanita di DUN Jeram Padang

JEMPOL: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) mencipta sejarah tersendiri apabila meletakkan calon wanita bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang pada Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, hari ini.
Parti Orang Asli Malaysia letak calon wanita di DUN Jeram Padang

Dayana Dan bersama penyokong Orang Asli tiba di pusat penamaan calon Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah Jempol untuk bertanding di kerusi DUN Jeram Padang. Foto Abnor Hamizam Abd Manap

JEMPOL: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) mencipta sejarah tersendiri apabila meletakkan calon wanita bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang pada Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, hari ini.

Dayana Dan, 40, tiba di pusat penamaan calon Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah Jempol pada jam 7.35 pagi.

Ibu kepada tiga anak itu mengakui gementar apabila pertama kali bertanding pada PRN, namun sokongan 18 suku kaum yang hadir memberi sokongan menyebabkan beliau lebih bersemangat.

"Terharu rasanya apabila penyokong dari serata Semenanjung datang memberi sokongan. Saya bertanding kerana merasakan DUN Jeram Padang perlu mempunyai wakil rakyat dalam kalangan Orang Asli.

"Sekiranya saya diberi peluang menjadi wakil rakyat, khidmat saya bukan sahaja untuk masyarakat Orang Asli tetapi seluruh kaum lain di DUN Jeram Padang," katanya ketika ditemui.

Dayana berkata, beberapa isu di DUN Jeram, termasuk jalan raya, baik pulih rumah, isu pencemaran air menjadi antara fokusnya.

Katanya, beliau langsung tidak terfikir untuk menjadi calon sebelum ini, namun peluang yang diberi akan digunakan untuk menampilkan diri kepada masyarakat.

Video Terkini

Berita Berkaitan