BH Online
Ringkasan Berita

Kepala air: Atikah maut ketika hari jadi anak

KULIM: Kegembiraan sebuah keluarga meraikan sambutan hari lahir di Sungai Sedim, di sini berakhir tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan lemas akibat fenomena kepala air.
Kepala air: Atikah maut ketika hari jadi anak

Nur Arif Sukri menunjukkan foto arwah kakaknya, Nur Atikah yang maut dalam tragedi kepala air di Sungai Sedim. Turut ada dalam foto, anak mangsa yang menyambut hari jadi hari ini.

KULIM: Kegembiraan sebuah keluarga meraikan sambutan hari lahir di Sungai Sedim, di sini berakhir tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan lemas akibat fenomena kepala air.

Lebih memilukan, Nur Atikah Abdullah, 28, pergi pada tarikh anaknya, Nur Atiya Sofiya Shazwan menyambut ulang tahun ketujuh.

Selain Nur Atikah, turut maut sepupunya, Muhammad Aariz Danial Md Radzi yang berusia tiga tahun, manakala seorang lagi mangsa dikenali Muhammad Uzair Ahmadi Hussain, 12.

Adik mangsa, Nur Arif Sukri, 26, berkata kejadian berlaku begitu pantas dan dia cukup terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan kakaknya itu meskipun ia terjadi di depan mata.

"Ketika itu saya nampak kakak sudah ada di tebing sungai. Saya ingat dia sudah selamat, tetapi tak tahu pula lepas tu dia pun dibawa arus," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kulim.

Nur Arif berkata, ketika kejadian dia bersama sebahagian 10 ahli keluarga lain sedang berkelah dan ketika itu baru sudah makan nasi sebelum Nur Atikah memaklumkan ternampak kepala air.

"Tiba-tiba sahaja air deras dan ketika itu kira-kira lapan orang termasuk kakak, abang ipar, anak saudara dan adik-adik lain sedang mandi.

"Saya di atas tebing dan terus turun ke dalam air... pada mulanya saya sempat tarik adik dua orang umur 12 dan lima tahun dan capai serta peluk mereka, tetapi disebabkan arus kuat, terlepas juga.

"Namun mujur mereka berjaya diselamatkan pengunjung di situ kerana saya pun hanyut juga tapi cuba berpaut pada ranting dan dibawa ke tebing sungai," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, tiga maut selepas dihanyutkan arus deras ketika kepala air melanda Sungai Sedim.

Video Terkini

Berita Berkaitan