BH Online
Ringkasan Berita

Tiada unsur buli, jenayah dalam insiden pelajar jatuh bangunan

KOTA KINABALU: Siasatan awal kejadian seorang pelajar yang terjatuh di kawasan sebuah sekolah menengah agama di Papar baru-baru ini tidak menunjukkan unsur jenayah atau buli.
Tiada unsur buli, jenayah dalam insiden pelajar jatuh bangunan

Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Siasatan awal kejadian seorang pelajar yang terjatuh di kawasan sebuah sekolah menengah agama di Papar baru-baru ini tidak menunjukkan unsur jenayah atau buli.

Jabatan Pendidikan Sabah dalam kenyataan berkata sejurus kejadian, pihak sekolah segera mengambil tindakan dengan memberikan bantuan awal kepada mangsa, memaklumkan kejadian kepada keluarga dan polis, selain mengawal kawasan bagi mengelakkan suasana panik.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan, dengan laporan perubatan mengesahkan murid terbabit tidak mengalami kecederaan serius serta kini berada dalam keadaan stabil.

"JPN Sabah akan terus memberi perhatian terhadap kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan emosi mangsa melalui pemantauan berterusan.

"Sokongan psikososial dan emosi turut diberikan kepada mangsa serta warga sekolah yang terkesan dengan kejadian ini," katanya.

Katanya jabatan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung insiden itu.

Video Terkini

Berita Berkaitan