BH Online
Ringkasan Berita

Jurujual pasar raya didakwa bunuh bayi baru dilahirkan

SHAH ALAM : Seorang jurujual wanita sebuah pasar raya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya, minggu lalu.
Jurujual pasar raya didakwa bunuh bayi baru dilahirkan

SHAH ALAM : Seorang jurujual wanita sebuah pasar raya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya, minggu lalu.

Tertuduh, Siti Nur Wahida Zainudin, 23 yang memakai baju biru gelap serta berseluar dan tudung hitam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ameera Mastura Khamis.

Tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Wanita berkenaan tidak diwakili peguam, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian seorang bayi perempuan yang dilahirkannya di sebuah unit rumah di sebuah pangsapuri di Subang Jaya antara jam 5 pagi hingga 5.30 petang, 7 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, atau dipenjarakan sehingga tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Jika tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati, hendaklah juga dikenakan sebatan tidak kurang dari 12 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Akhilah Rosmi tidak mencadangkan sebarang jaminan dan memohon mahkamah menetapkan tarikh untuk serahan dokumen termasuk laporan bedah siasat dan lantikan peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Oktober untuk sebutan semula kes.

Video Terkini

Berita Berkaitan