BH Online
Ringkasan Berita

PRN NS: Emoji 'senyum' Annuar cetus teka-teki kerjasama PAS-BERSATU

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai kedudukan kerjasama antara PAS dan BERSATU dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini terus menjadi perhatian apabila pimpinan Perikatan Nasional (PN) enggan mengesahkan hala tuju gabungan itu.
PRN NS: Emoji 'senyum' Annuar cetus teka-teki kerjasama PAS-BERSATU

Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai kedudukan kerjasama antara PAS dan BERSATU dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini terus menjadi perhatian apabila pimpinan Perikatan Nasional (PN) enggan mengesahkan hala tuju gabungan itu.

Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa, hanya membalas dengan emoji 'senyum' apabila ditanya sama ada PAS akan terus bersama BERSATU dalam PRN berkenaan.

Ditanya mengenai agihan kerusi yang bakal ditandingi PAS, Annuar yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, berkata perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

"Tengok malam ini dan malam esok... selesai," katanya ringkas ketika dihubungi BH hari ini.

Situasi itu menguatkan lagi spekulasi mengenai hubungan PAS dan BERSATU selepas parti Islam itu sebelum ini dilihat lebih memberi tumpuan kepada rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan, berbanding membincangkan kerjasama bersama rakan komponennya dalam PN.

Semalam, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu sedang mengadakan rundingan dengan BN sebagai persediaan menghadapi pilihan raya berkenaan.

Sementara itu, sumber BERSATU memaklumkan parti berkenaan akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) malam ini bagi memutuskan pendirian serta hala tuju menghadapi PRN Negeri Sembilan.

Menurut sumber itu, mesyuarat berkenaan diharapkan dapat menghasilkan keputusan yang jelas supaya kedudukan PN dapat diperkukuhkan dan tidak terus dijadikan bahan tawar-menawar dalam rundingan politik.

"BERSATU terpaksa mengadakan mesyuarat secara bersendirian terlebih dahulu kerana PAS dan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, didakwa sengaja menangguhkan mesyuarat rundingan kerusi serta mesyuarat persiapan PRN Negeri Sembilan.

"Dalam rundingan sebelum ini, pemimpin kanan PAS sendiri mengakui mereka mengadakan rundingan dengan UMNO secara berasingan tanpa membabitkan PN," dakwanya.

Sumber itu turut mendakwa penyokong Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Parti Wawasan Negara (WAWASAN) berulang kali melakukan sabotaj terhadap BERSATU pada Pilihan Raya Negeri Johor.

"Majoriti ahli BERSATU berasakan PAS dan penyokong Hamzah telah menjejaskan jenama PN selepas beberapa kali melakukan tindakan yang disifatkan sebagai sabotaj," katanya.

Mengulas dakwaan BERSATU akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan menggunakan logo parti sendiri, sumber itu berkata perkara berkenaan masih belum diputuskan..

Video Terkini

Berita Berkaitan