BH Online
Ringkasan Berita

'ADUN lantikan tak beban kewangan negeri, beri peluang golongan profesional, pakar sumbang idea dalam perbahasan DUN' - Rais Yasin

AYER KEROH: Cadangan untuk mewujudkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan di negeri ini adalah antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) terakhir yang masih belum dilaksanakan.
'ADUN lantikan tak beban kewangan negeri, beri peluang golongan profesional, pakar sumbang idea dalam perbahasan DUN' - Rais Yasin

EXCO Kanan Melaka yang juga Timbalan Pengerusi BN Melaka, Datuk Rais Yasin. NSTP/AMIR MAMAT

AYER KEROH: Cadangan untuk mewujudkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan di negeri ini adalah antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) terakhir yang masih belum dilaksanakan.

EXCO Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin, berkata sudah sampai masanya BN menunaikan cadangan berkenaan bagi memenuhi janji dibuat ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 pada 2021.

"ADUN lantikan menerusi pindaan Perlembagaan negeri itu antara yang terakhir akan dilaksanakan selepas hampir semua yang dijanjikan sebelum ini berjaya ditunaikan.

"Menjadi tanggungjawab kami di pihak BN untuk menunaikannya, malah banyak perkara sudah dilaksanakan dengan berkesan dan memberi manfaatkan kepada rakyat keseluruhannya," katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri di sini, hari ini.

Rais yang juga Timbalan Pengerusi BN negeri mengulas usul pindaan diluluskan pada sidang DUN semalam dan tindakan empat ADUN Pakatan Harapan (PH) yang membantah, sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Manifesto BN bertemakan Kestabilan Demi Kemakmuran itu merangkumi lima teras utama dan 103 inisiatif untuk tempoh pentadbiran lima tahun.

Rais yang juga ADUN Paya Rumput berkata, jumlah tujuh ADUN lantikan yang diluluskan itu bukan angka yang khusus, sebaliknya kerajaan negeri boleh membuat lantikan kurang daripada itu, mengikut keperluan semasa.

Beliau berkata, pindaan itu hanya menyediakan ruang dalam Perlembagaan negeri bagi membolehkan pelantikan dibuat jika diperlukan dan ia tidak bermaksud semua tujuh jawatan berkenaan diisi serentak.

Katanya, pelantikan ADUN itu bagi memberi peluang golongan profesional, pakar dalam pelbagai bidang dan tokoh masyarakat menyumbang idea, pandangan serta kepakaran dalam perbahasan DUN, sekali gus memperkukuhkan proses penggubalan dasar kerajaan negeri.

"Dakwaan kononnya ADUN lantikan akan membebankan kewangan negeri tidak tepat kerana mereka tidak menikmati kemudahan sama seperti ADUN dipilih melalui pilihan raya, termasuk tidak boleh dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

"Kita imbau kembali, beberapa negeri lain seperti Sabah, Terengganu, Pahang dan Johor sudah lebih awal mempunyai peruntukan bagi pelantikan ADUN lantikan, justeru langkah diambil Melaka bukan luar biasa, sebaliknya selaras amalan di beberapa negeri lain," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan