BH Online
Ringkasan Berita

Kerugian penipuan dalam talian cecah RM3.8 bilion sejak 2025 hingga Mei lalu - Menteri

KUALA LUMPUR: Sebanyak 95,638 kes penipuan dalam talian direkodkan di negara ini sepanjang 2025 hingga Mei lalu, membabitkan kerugian keseluruhan berjumlah RM3.80 bilion, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Kerugian penipuan dalam talian cecah RM3.8 bilion sejak 2025 hingga Mei lalu - Menteri

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sesi pertanyaan- pertanyaan dan jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. - Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 95,638 kes penipuan dalam talian direkodkan di negara ini sepanjang 2025 hingga Mei lalu, membabitkan kerugian keseluruhan berjumlah RM3.80 bilion, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 66,204 kes direkodkan sepanjang tahun lalu dengan kerugian mencecah RM2.97 bilion manakala bagi tempoh Januari hingga Mei lalu, 29,434 kes direkodkan dengan nilai kerugian berjumlah RM827.73 juta.

"Kerugian besar ini merangkumi pelbagai modus operandi digital, termasuk penipuan telefon (phone scam), love scam, jenayah e-dagang dan e-kewangan, serta sindiket pinjaman dan pelaburan tidak wujud," katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik menerusi laman rasmi Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) mengenai statistik terkini kes penipuan dalam talian bagi tahun 2025 dan 2026 serta nilai kerugian kewangan serta peratusan kadar pemulihan wang yang berjaya dipulangkan semula kepada mangsa.

Saifuddin Nasution berkata, dari segi pemulihan dana mangsa, statistik menunjukkan RM6.65 juta atau 38 peratus daripada RM17.49 juta wang yang disita sepanjang tahun 2025 berjaya dipulangkan kepada mangsa.

"Bagi tempoh Januari hingga Mei lalu pula, sebanyak RM3.57 juta atau 49 peratus daripada RM7.25 juta dana yang disita berjaya dipulangkan semula kepada mangsa.

"Peningkatan peratus pemulangan dana ini membuktikan fungsi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebagai pusat respons scam nasional semakin efektif dan semakin dipercayai rakyat," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan