BH Online
Ringkasan Berita

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 8 negeri hingga 6 petang

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa kawasan di lapan negeri hingga jam 6 petang ini.
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 8 negeri hingga 6 petang

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa kawasan di lapan negeri hingga jam 6 petang ini.

Menerusi amaran dikeluarkan pada jam 3 petang, METMalaysia memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di seluruh Kedah bagi kawasan Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.

Di Pulau Pinang, kawasan yang diramal terjejas meliputi Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Bagi Pahang, amaran dikeluarkan untuk kawasan Bera dan Rompin, manakala Negeri Sembilan membabitkan Jempol dan Tampin.

Cuaca buruk terbabit dijangka melanda Jasin, Melaka, selain Tangkak dan Segamat di Johor.

Sabah diramal mengalami cuaca sama di kawasan Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu), manakala di Sarawak membabitkan Sibu (Selangau), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang.

Menurut kenyataan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimetersejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan