BH Online
Ringkasan Berita

Zambry wakili Malaysia zahir penghormatan terakhir bapa Emir Qatar

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiba di Doha, Qatar awal pagi tadi bagi mewakili Kerajaan Malaysia untuk menzahirkan penghormatan terakhir susulan pemergian bapa Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
Zambry wakili Malaysia zahir penghormatan terakhir bapa Emir Qatar

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mewakili Kerajaan Malaysia untuk menzahirkan penghormatan terakhir susulan pemergian bapa Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. - Foto ihsan FB Zambry Abd. Kadir

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiba di Doha, Qatar awal pagi tadi bagi mewakili Kerajaan Malaysia untuk menzahirkan penghormatan terakhir susulan pemergian bapa Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Zambry berkata, beliau turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Emir Qatar itu, di Istana Lusail hari ini.

"Awal pagi tadi saya tiba di Doha, Qatar bagi mewakili Kerajaan Malaysia untuk menzahirkan penghormatan akhir buat Almarhum Ayahanda Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.

"Saya akan melakukan kunjungan ke atas Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di Istana Lusail yang dijadualkan pada hari ini, insya-Allah," katanya menerusi hantaran di laman sosialnya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia turut menyampaikan ucapan takziah kepada kepimpinan serta seluruh rakyat Qatar atas pemergian bapa Emir Qatar.

Ahad lalu, Istana Amiri Qatar mengumumkan Sheikh Hamad mangkat pada pagi itu pada usia 74 tahun.

Sheikh Hamad memerintah Qatar dari 1995 hingga 2013, sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan kepada puteranya Sheikh Tamim.

Video Terkini

Berita Berkaitan