BH Online
Ringkasan Berita

'Bahan binaan ditinggalkan di tepi jalan cemar pemandangan ke Teluk Cempedak' - Pengguna

KUANTAN: Biarpun pelaksanaan projek paip pembetungan tepi jalan di Jalan Teluk Sisek, di sini, dikatakan sudah siap, ia menimbulkan tanda tanya penduduk kerana ada paip konkrit, cerucuk kepingan keluli, paip PVC dan kon penghadang ditinggalkan pihak kontraktor dalam keadaan tidak terurus di situ.
'Bahan binaan ditinggalkan di tepi jalan cemar pemandangan ke Teluk Cempedak' - Pengguna

Keadaan paip PVC dipenuhi semak samun selepas ditinggalkan di tepi Jalan Teluk Sisek, Kuantan. NSTP/ Asrol Awang

KUANTAN: Biarpun pelaksanaan projek paip pembetungan tepi jalan di Jalan Teluk Sisek, di sini, dikatakan sudah siap, ia menimbulkan tanda tanya penduduk kerana ada paip konkrit, cerucuk kepingan keluli, paip PVC dan kon penghadang ditinggalkan pihak kontraktor dalam keadaan tidak terurus di situ.

Kawasan itu juga kini dipenuhi semak samun dan menggambarkan tiada pelaksanaan kerja dilakukan seolah-olah ditinggalkan begitu saja.

Difahamkan, bahan binaan itu ditinggalkan di situ sejak lebih setahun lalu, yang menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna jalan raya apabila melalui jalan berkenaan.

Pengguna jalan raya, Salman Kadir, 59, berkata keadaan bahan binaan ditinggalkan di tepi Jalan Teluk Sisek itu menyakitkan pandangan mata kerana jalan itu adalah laluan utama ke bandar Kuantan dan pantai Teluk Cempedak.

"Jika pelaksanaan kerja sudah siap, segala kelengkapan atau bahan binaan yang ada tidak sepatutnya dibiarkan hingga dipenuhi semak samun.

"Jadi, pihak terbabit perlu mengarahkan kontraktor projek mengalihkan segera segala bahan binaan yang ditinggalkan di kawasan itu," katanya.

Bagi Hasnira Awang, 50, kontraktor tidak sepatutnya membiarkan bahan binaan di kawasan itu kerana ia menjejaskan keselamatan, selain mencemarkan alam sekitar.

"Kawasan itu menjadi laluan utama pelancong ke pantai Teluk Cempedak. Jadi, tindakan penguatkuasaan perlu dilakukan untuk memastikan kawasan itu dibersihkan segera," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Dr Sim Chon Siang, berkata kerajaan negeri sudah meminta kontraktor terbabit projek paip pembetung itu membersihkan segera kawasan projek berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum berkata, bahan binaan yang ditinggalkan itu menyebabkan kawasan persekitaran menjadi tidak terurus hingga dipenuhi semak samun.

"Saya difahamkan pelaksanaan kerja sudah siap dan mereka perlu mengeluarkan semua bahan binaan itu. Saya akan pastikan kerja pembersihan diselesaikan segera," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan