BH Online
Ringkasan Berita

3 negeri utara diramal alami ribut petir, hujan lebat sampai tengah hari

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tiga negeri di sebelah utara hingga jam 1 tengah hari, hari ini.
3 negeri utara diramal alami ribut petir, hujan lebat sampai tengah hari

Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda tiga negeri di utara Semenanjung hingga 1 tengah hari ini. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tiga negeri di sebelah utara hingga jam 1 tengah hari, hari ini.

METMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 9 pagi memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Pulau Pinang.

Selain itu, Kedah diramal cuaca yang sama di kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

Menurut kenyataan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan