BH Online
Ringkasan Berita

Isu letak jawatan menteri, Zahid akan jumpa Kor Ming

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkaitan kontroversi meletak jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 Sabtu lalu.
Isu letak jawatan menteri, Zahid akan jumpa Kor Ming

Ahmad Zahid (tengah) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Awang (lapan dari kiri) pada Majlis Amanat YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Kontinjen TVET @KKDW ke World Skills Shanghai 2026, di Hotel Seri Pacific, KL, hari ini. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkaitan kontroversi meletak jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 Sabtu lalu.

Pengerusi BN dan Timbalan Perdana Menteri itu berkata walaupun kenyataan berkenaan tidak seharusnya dikeluarkan, beliau tetap mengambil pendirian sebagai sebuah keluarga Kerajaan MADANI.

"Kenyataan sedemikian seharusnya biarlah berpatutan kerana kita setiap minggu bertemu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Jika (kenyataan dikeluarkan beliau) sebagai pembangkang, mungkin kita boleh anggap kenyataan (seperti) itu.

"Tetapi jika kita sesama dalam kerajaan, tak perlulah buat kenyataan macam itu. Tak apalah, saya akan jumpa dia. Dia kawan saya juga," katanya selepas Majlis Amanat bersama Kontinjen TVET@KKDW ke WorldSkills, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi DAP dilaporkan berkata, beliau akan menjadi menteri pertama meletak jawatan sekiranya UMNO mencatat kemenangan besar pada PRN Johor dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

Mengulas mengenai hubungan UMNO dan BN dalam Kerajaan Perpaduan hari ini, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, semua pihak berada dalam satu situasi yang kondusif serta baik.

"Kita bergerak sebagai satu pasukan dalam Kerajaan Perpaduan dan secara profesional. Itu menjadi harapan kita, kerana kita sudah berjanji bahawa untuk berada di dalam Kerajaan Perpaduan ini sehingga akhir penggal. Inilah yang kami praktikkan.

"Soal persepsi masyarakat di luar itu, satu perkara yang lain. Tapi realitinya, kita berada di dalam keadaan yang sangat-sangat baik," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan