KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tiga negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.
METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri terbabit ialah Kedah, Perak dan Sarawak.
Kawasan yang terbabit ialah di Kota Setar, Yan dan Kuala Muda di Kedah; Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak serta Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.




















