BH Online
Ringkasan Berita

BN mahu teruskan momentum Johor di Negeri Sembilan

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) akan memastikan momentum kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diteruskan pada PRN Negeri Sembilan.
BN mahu teruskan momentum Johor di Negeri Sembilan

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - Foto NSTP/Muhammad Delima Atan

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) akan memastikan momentum kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diteruskan pada PRN Negeri Sembilan.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kemenangan besar yang diraih BN pada PRN Johor meningkatkan motivasi parti berkenaan untuk beroleh kejayaan sama.

Katanya, BN Pahang, khususnya Badan Perhubungan UMNO negeri bersiap sedia untuk memastikan Negeri Sembilan kembali diterajui parti itu.

"BN Pahang akan bantu di Negeri Sembilan seperti PRN Johor yang menunjukkan BN menang iaitu dengan tambahan daripada 40 kepada 48 kerusi.

"Ini jelas menunjukkan bahawa BN, khususnya UMNO masih di hati rakyat dan relevan," katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutupan Festival Belia sempena Harian belia Negara Peringkat Pahang dan Pelancaran `Walk A Town With Me Pahang1st di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang di sini malam tadi.

Mengulas kemenangan besar BN di Johor, beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kejayaan cemerlang itu.

Pada PRN Johor kali ini, BN memenangi 48 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan (PH) pula lapan.

PRN Negeri Sembilan dijadualkan pada 1 Ogos depan, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan 18 Julai ini, dengan 36 kerusi dipertandingkan.

Pada PRN Negeri Sembilan lalu, PH memenangi 17 kerusi DUN manakala BN (14) dan Perikatan Nasional (PN) (lima).

Video Terkini

Berita Berkaitan