BH Online
Ringkasan Berita

Dakwaan salah laku Ketua Tempat Mengundi PRN Johor: Perlu kemuka bukti, lapor polis, fail petisyen pilihan raya - SPR

KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang ada maklumat ataupun bukti berhubung dakwaan salah laku petugas pilihan raya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam, diminta tampil membuat laporan polis serta mengemukakan petisyen pilihan raya mengikut saluran undang-undang yang betul.
Dakwaan salah laku Ketua Tempat Mengundi PRN Johor: Perlu kemuka bukti, lapor polis, fail petisyen pilihan raya - SPR

(Gambar fail) Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun. - FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang ada maklumat ataupun bukti berhubung dakwaan salah laku petugas pilihan raya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam, diminta tampil membuat laporan polis serta mengemukakan petisyen pilihan raya mengikut saluran undang-undang yang betul.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, berkata ia adalah langkah rasmi yang perlu diambil bagi membolehkan siasatan lanjut serta telus dilakukan berhubung sebarang dakwaan ketidakpatuhan ketika proses pengundian berlangsung.

"Bagi kes sebegini, pihak berkenaan perlu mendapatkan bukti, membuat laporan polis dan seterusnya memfailkan petisyen pilihan raya dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Datuk Aiman Athirah Sabu, bahawa terdapat insiden salah laku membabitkan Ketua Tempat Mengundi (KTM) di sebuah pusat pengundian pada PRN itu.

Aiman Athirah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dalam satu hantaran melalui Facebook, semalam, mendakwa kejadian itu berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Ahli Parlimen Sepang itu mendakwa bahawa KTM di Tempat Mengundi Dewan Bola Keranjang JKKK Labis didapati mendorong pengundi untuk mengundi petak Barisan Nasional (BN).

Beliau turut mendakwa bahawa calon yang bertanding di kawasan itu telah membuat teguran dan bantahan lisan.

Video Terkini

Berita Berkaitan